Pages

Sunday 9 August 2015

APAKAH ITU KANSER/BARAH/TUMOR/KETUMBUHAN/TIROD DAN SEBAGAINYA?

APAKAH ITU KANSER / BARAH / TUMOR / KETUMBUHAN / TIROD DAN SEBAGAINYA?


Bila saya membaca atau berjumpa dengan orang-orang yang kena kanser saya turut terasa sedih dan kadang-kadang takut juga jika termengidap penyakit ini,mudah-mudahan saya sihat sampai saya di panggil ilahi..Sejak usia saya 30an saya telah mula mengambil langkah berjaga-jaga dan amat mengambil berat tentang permakanan seharian saya ..walaupun kadang-kadang saya langgar jer makan apa yang terhidang kata orang patang jumpa...hehehe..

Nak kongsi cerita juga minggu lepas semasa saya kerumah abang sulung di kepong saya baru tau bahawa kakak ipar  mengidap ketulan di dalam perut seperti busung ,rasa nya itu adalah 'KANSER",kakak "ani" ni dari muda sampai ketua kerja jer ..macam -macam kerja dia buat saya pernah tumpang di rumah abang selepas spm selama 1 tahun ,jadi saya tau bertapa penatnya kak ani bekerja demi mencari pendapatan untuk menyara anak2 yang sedang belajar..oranag nya amat penyabar dan bertanggungjawab terhadap keluarga walaupun saya tahu bagaimana abang saya kadang-kadang culas dalam hal-hal rumahtangganya..kak ani umpama suami dan ayah kepada anak-anaknya..kerana itu saya begitu rapat dengan kak ani umpama dia adalah ibu saya.dia sering meluahkan rasa sedihnya dengan saya.Selepas saya mendirikan rumahtangga pun saya pernah menumpang di rumah abang saya kerana bekas suami saya pada masa itu kehilangan kerja..sedih lah bila ingat sejarah lama ni..huhu..Apa-apapun saya simpan sebagai kenangan pahit dan manis dalam hidup saya..
Kak ani hanya mendapatkan rawatan dan makan ubat2an dari hospital,kadang-kadang saya kesian sangat dengan kak ani , tetapi saya tidak berdaya hendak mengubah pendirian beliau untuk membeli produk yang terbaik untuk beliau,kerana kakak ipar saya masih beranggapan bahawa ubat dari hospital adalah yang terbaik,disini saya terpanggil untuk menulis tentang penyakit kanser ,semuga bermanfaat dan juga untuk pembacaan diri sendiri.Tambahan zaman kini ramai yang terkena Kanser Khususnya kaum wanita..semuaga semua wanita yang di sayangi menjaga dan mengambil berat tentang permakanan /pemakaian seharian kerana pada zaman serba moden ini kebanyakan makanan dan minuman yang kita ambil adalah tidak selamat kebanyakannya menggunakan bahan kimia di diakui sendiri oleh pakar-pakar pemakanan dan pakar kesihatan.

Kanser / barah / tumor / ketumbuhan / tirod dan sebagainya adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel akan bertambah mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.


JENIS-JENIS KANSER:-

Antara kanser-kanser utama
• Kanser Payudara 
• Kanser Ovari
• Kanser Rahim
• Kanser Paru-paru 
• Kanser Kolon
• Kanser Perut 
• Kanser Pankreas
• Kanser Prostat
• Kanser Testis






APAKAH TANDA-TANDA AWAL KANSER:-

Tanda amaran awal kanser.
Anda harus peka dengan tanda-tanda ini:
Batuk berterusan dan berkahak darah.
Sebarang perubahan pada payudara seperti gumpalan atau bisul berpanjangan.
Perubahan pada amalan membuang air besar.
Pendarahan faraj selepas bersetubuh atau selepas putus haid.
Leher benjol yang tidak ada sebelumnya.
Suara yang garau dan berubah dari asal lebih dari dua minggu.
Sakit atau ketidakselesaan di dalam perut yang berterusan.
Ulser,bengkak atau tompok-tompok putih dan merah yang tidak hilang selepas rawatan.
Pendarahan hidung berlebihan, hilang fungsi pendengaran dan telinga yang berdengung.





BAHAYA KANSER DAN KESANNYA KEPADA MANUSIA

Kanser merupakan salah satu penyakit kronik yang amat ditakuti oleh orang ramai.

Mengikut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser menyumbang sebanyak 13 peratus (7.4 juta) daripada keseluruhan kematian di dunia pada tahun 2008.

Kematian akibat kanser dijangka akan terus meningkat dengan anggaran 12 juta orang mati akibat kanser menjelang tahun 2030.

Kadar kejadian penyakit kanser meningkat dengan pertambahan usia. Seperti negara-negara maju atau membangun yang lain, Malaysia menghampiri peralihan epidemiologi, di mana penyakit-penyakit kronik yang berkaitan dengan gaya hidup seperti kardiovaskular dan kanser telah meningkat.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin, kanser boleh berlaku pada setiap individu tanpa mengira usia dan jantina, sama ada miskin atau kaya serta memberi beban kewangan dan psiko sosial yang besar kepada pesakit, keluarga dan masyarakat.

Katanya, kanser merupakan penyebab kematian keempat terpenting yang berlaku di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara.

Pada tahun 2011 saja ia menyumbang sebanyak 11.2 peratus daripada keseluruhan kematian yang berlaku.

”Berdasarkan jumlah kes-kes kanser baru pada tahun 2008 yang dilaporkan kepada Pendaftar Kanser Kebangsaan, lima jenis kanser paling penting di kalangan lelaki di negara kita ialah kanser paru-paru (15.8 peratus), kolorektal (15.8 peratus), nasofarink (9.4 peratus), limfoma (7.2 peratus) dan prostat (6.2 peratus).

”Sementara itu di kalangan wanita, kanser paling penting ialah kanser payu dara (32.3 peratus) diikuti dengan kanser kolorektal (10.4 peratus), servik (8.5 peratus), paru-paru (5.7 peratus) dan ovari (5.4 peratus).

”Walaupun jumlah pesakit kanser di negara ini lebih rendah berbanding penyakit-penyakit kronik yang lain seperti diabetes dan kardiovaskular, beban kewangan serta psiko sosial yang ditanggung oleh pesakit, keluarga dan masyarakat adalah jauh lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Beliau memberitahu, kebanyakan kejadian dan kematian akibat kanser boleh dielakkan dengan pengurangan faktor risiko, pengesanan awal dan rawatan segera.

Katanya, lebih daripada 30 peratus kanser boleh dicegah dengan mengubah atau mengelakkan faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan kanser.



Kebimbangan umat manusia terhadap penyakit Kanser tidak perlu diceritakan lagi, sejarah telah menobatkan Kanser sebagai penyakit 
yang membunuh dan kini ianya menduduki penyakit no 1 di asia. Kini kanser boleh ditangani jika dikenalpasti sejak awal. Untuk itu, ada beberapa tanda-tanda kanser yang perlu diberi perhatian dan tidak boleh diabaikan.Gejala-gejala awal kanser ini sering diabaikan oleh pesakit kerana dianggap boleh hilang dengan sendirinya. Padahal ianya semakin merebak dan membengkak sehingga anti-bodi tidak lagi mampu menghalang tumbesaran tumor pembunuh ini.


APAKAH ITU KANSER /BARAH/TUMOR/KETUMBUHAN/TIROD DAN SEBAGAINYA






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...