Pages

Tuesday 10 November 2015

PELABURAN KESIHATAN

HANYA RM170.00

Eh..apa cerita nih,, saja nak kongsi hari ni..dua minggu lepas hakak pergi buat medikal cek up,ahaa..untuk orang -orang perempuan tu lah..chek air kencing,darah,pap smear,momogram - kalau-kalau ada tanda-tanda kanser,bukan apa sekarang ni macam penyakit yang akan datang kalau tak jaga kesihatan kan,tapi yang palig takut kanser lah tak kiralah kanser apa pun...
pernah jugak dengar orang kena kanser usus,tyroid,fibrod,,macam-macam lagi..

Kalau dah usia gini-gini kan sape nak kisah diri kita kalau bukan kita sendiri .....
Mula-mula dulu tak tahu nak g mana? kalau setakat check2 biasa tu memang ada buat tapi tak menyeluruh sebenarnya..
Tiba-tiba teringat kata seorang sahabat lama yang pernah buat pemeriksaan di klinik sejahtera Nur iaitu LPPKN-nama panjang LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA

Nak cerita pasal LPPKN ni sebenarnya ada banyak cawangan di seluruh msia cuma setiap cawangan tu ada yang tak berapa lengkap perkhidmatan yang dapat di beri ,tak tau lah nak cakap macam mana cuma dengar orang lain cerita lah..tapi paling mudah hakak suka pergi di HQ Jalan Raja Laut..memang ok lah servis yang di beri oleh misi2 dan doktor di situ..

Apakah VISI DAN MISI  klinik LPPKN ni ..Baca di sini >>http://www.lppkn.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=234&lang=ms

Bagaimana Pulak Polisi nya?? klik di pautan ni >> http://www.lppkn.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=56&Itemid=142&lang=ms

Tapi hakak nak cerita yang hasil pemeriksaan ke atas akk memang ohsem terbaik sangat..nk share result hakak ye..
ni lapuran Momogram -maknanya bebas dari tanda-tanda kanser payu dara




lapuran semua ada dalam ni..darah,air kencing semua ok,tahap gula dalam darah ok, tiada fibrod,tirod,kanser pelviks kata dokter hanya ada kolestrol "Jahat" jer,,so kena kurangkan berat badan sikit,kurang makan makanan berminyak ,banyak kan yang rebus,kukus dan jangan makan makanan berlemak..itu aja nasihat dr yang cantik sebab lupa tanya nama..cuma dia ada sebut akk nampak muda..dengan usia dan anak kecik yang akk bawak ni ,,tu mesti qaseh lah dia maksudkan sebab anak yang lain semua dah besar-besar tetiba ada anak kecik pulak..mesti dia surprise kan,kan,kan..hehe hakak suka,..yang pasti  suka..sangattttt...






Jika berminat nak dapatkan rawatan yang berbaloi-baloi ni..singgah lah kemana-mana cawangan klinik LPPKN ni ye-dapatkan alamat klinik yang berdekatan dengan tempat korang...singgah cari di pautan yang dah di beri diatas.




Sunday 8 November 2015

Konsert Tadika dan Menerima Ijazah

Qaseh di hari Konsert dan Segulung Ijazah

Hari ni 05hb November 2015 qaseh akan menari tarian bollywood di pentas dan hari graduasi ,macm konvo la kan..sebelum tiba hari konsert sibuk ajak mama pergi masjid jamek cari baju tradisional india,sebab baju tarian yang ada di sekolah tak muat ,besar sangat ke anak aku ni..

Semasa jalan-jalan di Masjid india singgah di kedai yang menjual baju-baju india,mak ai bila tengok baju harga paling murah rm250 ringgit ,baju yang cantik dan berkenan di hati dia lah,sedangkan mama bajet hanya rm50 ringgit jer.terpaksa cari lagi dari kedai ke kedai,
mujur time ni dah nak Deepavali so banyak lah boleh pilih2 ,tetiba ada nampak satu baju cantik warna nya kilat2 lagi..warna tu dah sah lah qaseh suka..pink2 sikit kan...tanya punya tanya harga dari rm70 dapat kurang rm45 sahaja.

Akhirnya dapat lah qaseh baju untuk tarian Bollywood yang di idam2kan.suka nya dia..sepanjang malam cerita nanti bangun awal mama mesti  make-up kan adik,,,seronok nya dia nak make-up2...

Tak sangka tepuk2 bantal malam tadi menjadi qaseh bangun awal senang betul dia bangun pagi ni..( bangun ada makna tu)..hihi


                                                 
                                                   #01- Make up oleh salah sorang ibu yang berbakat





                                                 #02- Hrummm dah siap retis sanggatttt..



Jom kita nyanyi sambil goyang-goyang kaki dulu...




#03-ceh wah budak-budak lain semua ikut dia,mesti kes lupa step ni...

#04- pandai jugak anak hakak menari


                                     #05- malu-malu dia atas pentas kan...susah nak senyum..












#07-ohooooooooooo





#08- laja-laja....




#06- ni kes dah penat menari ,sebelum ambik sijil..tapi sempat posing lagi




#06- pandang sape tu??





#09- Penyampaian sijil graduasi oleh Y.Bhg Dato'Rizalman Mokhtar







Friday 25 September 2015

Antioksida

APA ITU ANTIOKSIDA ??

Apa Itu Antioksida?

Dulu saya selalu tertanya-tanya Apa Itu Antioksida, mungkin ramai jugak yang tidak faham dan tidak mahu mengambil tahu hal-hal macam  ini kecuali doktor atau pakar-pakar kesihatan dan pakar-pakar kecantikan sahaja yang berusaha menyedarkan orang ramai bertapa pentingnya pengetahuan tentang Antioksida kepada tubuh manusia.

Saya juga cuba mencari di gogel yang masih kurang tentang peneranganAntioksidan ini.Di sini ada beberapa artikel yang saya tuliskan kembali untuk pembacaan diri saya sendiri dan mungkin bermanfaat kepada orang lain juga.
kebanyakan artikel yang berkaitan Apa Itu Antioksida di tulis oleh blogger-blogger dari indonesia .Menurut artikal tersebut:-


(gambaran tubuh manusia yang di kelilingi oleh bendasing yang di panggil Radikal Bebas)


Antioksida atau Antioksidan

Adalah kelompok vitamin, mineral, enzim, dan rempah-rempah yang membantu melindungi tubuh dari radikal bebas. Ketika di dalam tubuh terjadi proses normal, di mana oksigen digunakan untuk menyediakan bahan bakar sel, beberapa dari molekul oksigen kehilangan salah satu elektron. Ketika hal itu terjadi, molekul oksigen yang sebelumnya bersifat stabil itu berubah menjadi radikal bebas yang berbahaya. Molekul ini kemudian mencoba untuk menstabilkan diri mereka sendiri dengan mencuri elektron dari molekul lain yang stabil, sehingga berlakunya kerosakan pada diri manusia dan menciptakan lebih banyak lagi radikal bebas.

Kerana radikal bebas mudah beraksi dengan senyawa lain, mereka memiliki efek yang akan menimbulkan gangguan dalam tubuh secara signifikan (merubah proses normal dari, misalnya: metabolisme, respirasi, reproduksi, dll). Banyak faktor yang dapat menyebabkan produksi radikal bebas, internal maupun eksternal. Sumber-sumber radikal bebas dari dalam tubuh, selain proses konsumsi oksigen, termasuk juga stres secara emosional dan latihan berat. Sumber eksternal antara lain polusi udara, asap rokok, pabrik dan gadget , asap, pestisida, herbisida, kontaminasi makanan, kemoterapi, dan radiasi. Semua faktor itu bisa menyebabkan overproduksi radikal bebas.

Kerosakan oksidatif dapat dicontohkan dengan menggigit sebiji buah apel. Setelah beberapa minit, bahagian yang terbuka menjadi cokelat. Sayangnya, kita tidak boleh "melihat" kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas dalam tubuh kita. Kelebihan radikal bebas juga bertanggung jawab atas efek penuaan diri, kanser dan terlibat dalam berbagai kondisi kronik dan degeneratif, termasuk radang sendi dan penyakit jantung.

Radikal bebas dapat merosakkan sel serta merubah DNA. Merubah zat kimia dalam tubuh dapat meningkatkan risiko kanser serta menyahaktifkan protein.

Secara normal, radikal bebas biasanya dikendalikan oeh enzim yang diproduksi untuk mencari, mengambil dan menetralisir radikal bebas berbahaya. Seiring dengan bertambahnya usia, produksi enzim ini semakin sedikit. Hal ini bisa diatasi dengan mengkonsumsi bahan makanan yang mengandungi antioksidan seperti vitamin C, vitamin E, karotenoid, mineral selenium, dan hormon melatonin.

Herbal yang mempunyai sifat antioksidan diantaranya bilberry, ginkgo, ekstrak biji anggur, teh hijau, dan dll. Buah-buahan dan sayuran juga merupakan sumber utama antioksidan, bahkan sekarang telah tersedia dalam bentuk suplemen.

Sinergi

Bahan kimia aktif yang terdapat dalam tanaman akan bekerja secara sinergi, manfaat dari dua atau lebih zat kimia aktif ini dapat memiliki efek penyembuhan yang mungkin tidak bisa dicapai jika zat kimia itu bekerja sendirian saja. Kebanyakan obat-obatan herbal bergantung pada hubungan timbal balik yang kompleks dari banyak kandungan zat kimia aktif untuk menghasilkan efek terapeutik, dan efek ini bisa hilang ketika bahan kimia itu dimurnikan dan diisolasi. 

Sebagai contoh, sejumlah senyawa antimikroba ditemukan dalam minyak pohon teh, namun penelitian menunjukkan bahwa tidak ada satu pun dari senyawa itu yang memiliki kemampuan melawan kuman secara sendirian. Diperlukan interaksi minimal delapan bahan kimia yang berbeda untuk menghasilkan efek penyembuhannya. Kompleksitas ini membuat hampir tidak mungkin bagi mikroba penyebab infeksi untuk membuat sistem pertahanan terhadap minyak pohon teh. Salah satu masalah utama dengan antibiotik konvensional adalah adanya kemampuan dari banyak mikroba untuk mengembangkan mengembangkan sistem perlawanan, yang dapat menyebabkan obat menjadi tidak berguna.

Sistem pertahanan dengan antioksidan juga bekerja secara sinergi. Sebagai contoh, sejumlah karotenoid yang bekerja bersama-sama memiliki sifat antikanker lebih tinggi daripada satu karotenoid. Jadi beta-karoten suplemen mungkin tidak memberikan perlindungan yang sama dengan makan buah dan sayuran yang kaya akan beta-karoten, karena zat-zat lain yang terdapat dalam buah dan sayuran itu dapat membantu tubuh untuk menyerap manfaat karotenoid serta mengurangi efek samping yang mungkin timbul.

salam sehat selalu.


bersambung :-

klik disini :-https://www.facebook.com/GengSurirumah?ref=hl



Sunday 20 September 2015

Islam Itu Mudah

                                                     Janji Allah Itu Pasti



Assalamualaikum w.b.t sahabat sahabat mukmin. Sekadar perkongsian dan untuk peringatan diri sendiri mudah-mudahan kita semua applikasikan..Diharap jangan lepaskan satu lagi bonus atau ganjaran yg sangat berharga untuk kita laksanakan ....

Ringan melaksanakan nya tapi amat amat hebat dan bermakna faedah nya. Rugi bagi mereka yang tidak ambil endah dengan 'special offer' ini.

Hanya dengan berpuasa sunat satu hari sahaja , pada hari Arafah yang jatuh pada hari Rabu ini 23hbSeptember 2015..fadhilat nya ialah ALLAH SWT mengampun dosa dosa kita pada tahun ini dan juga apa jua dosa dosa kita di tahun hadapan. Dosa dosa kita yang banyak ini akan dihapuskan selama 2 tahun berturut2..Andai kata kita dijemput kembali kepada Pencipta..kita balik dengan bersih..tanpa dosa..SUBHANALLAH!!!!

Jom kita share dan sebarkan ilmu ini untuk kita ramai ramai merebut peluang yang hanya datang sehari sahaja dalam satu tahun..yaitu puasa pada hari Arafah...semoga amalan kita semua di terima dan di rahmati ALLAH SWT.. Aamiin Allahumma Aamiin.

-Puasa Sunat




Sunday 9 August 2015

APAKAH ITU KANSER/BARAH/TUMOR/KETUMBUHAN/TIROD DAN SEBAGAINYA?

APAKAH ITU KANSER / BARAH / TUMOR / KETUMBUHAN / TIROD DAN SEBAGAINYA?


Bila saya membaca atau berjumpa dengan orang-orang yang kena kanser saya turut terasa sedih dan kadang-kadang takut juga jika termengidap penyakit ini,mudah-mudahan saya sihat sampai saya di panggil ilahi..Sejak usia saya 30an saya telah mula mengambil langkah berjaga-jaga dan amat mengambil berat tentang permakanan seharian saya ..walaupun kadang-kadang saya langgar jer makan apa yang terhidang kata orang patang jumpa...hehehe..

Nak kongsi cerita juga minggu lepas semasa saya kerumah abang sulung di kepong saya baru tau bahawa kakak ipar  mengidap ketulan di dalam perut seperti busung ,rasa nya itu adalah 'KANSER",kakak "ani" ni dari muda sampai ketua kerja jer ..macam -macam kerja dia buat saya pernah tumpang di rumah abang selepas spm selama 1 tahun ,jadi saya tau bertapa penatnya kak ani bekerja demi mencari pendapatan untuk menyara anak2 yang sedang belajar..oranag nya amat penyabar dan bertanggungjawab terhadap keluarga walaupun saya tahu bagaimana abang saya kadang-kadang culas dalam hal-hal rumahtangganya..kak ani umpama suami dan ayah kepada anak-anaknya..kerana itu saya begitu rapat dengan kak ani umpama dia adalah ibu saya.dia sering meluahkan rasa sedihnya dengan saya.Selepas saya mendirikan rumahtangga pun saya pernah menumpang di rumah abang saya kerana bekas suami saya pada masa itu kehilangan kerja..sedih lah bila ingat sejarah lama ni..huhu..Apa-apapun saya simpan sebagai kenangan pahit dan manis dalam hidup saya..
Kak ani hanya mendapatkan rawatan dan makan ubat2an dari hospital,kadang-kadang saya kesian sangat dengan kak ani , tetapi saya tidak berdaya hendak mengubah pendirian beliau untuk membeli produk yang terbaik untuk beliau,kerana kakak ipar saya masih beranggapan bahawa ubat dari hospital adalah yang terbaik,disini saya terpanggil untuk menulis tentang penyakit kanser ,semuga bermanfaat dan juga untuk pembacaan diri sendiri.Tambahan zaman kini ramai yang terkena Kanser Khususnya kaum wanita..semuaga semua wanita yang di sayangi menjaga dan mengambil berat tentang permakanan /pemakaian seharian kerana pada zaman serba moden ini kebanyakan makanan dan minuman yang kita ambil adalah tidak selamat kebanyakannya menggunakan bahan kimia di diakui sendiri oleh pakar-pakar pemakanan dan pakar kesihatan.

Kanser / barah / tumor / ketumbuhan / tirod dan sebagainya adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel akan bertambah mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.


JENIS-JENIS KANSER:-

Antara kanser-kanser utama
• Kanser Payudara 
• Kanser Ovari
• Kanser Rahim
• Kanser Paru-paru 
• Kanser Kolon
• Kanser Perut 
• Kanser Pankreas
• Kanser Prostat
• Kanser Testis






APAKAH TANDA-TANDA AWAL KANSER:-

Tanda amaran awal kanser.
Anda harus peka dengan tanda-tanda ini:
Batuk berterusan dan berkahak darah.
Sebarang perubahan pada payudara seperti gumpalan atau bisul berpanjangan.
Perubahan pada amalan membuang air besar.
Pendarahan faraj selepas bersetubuh atau selepas putus haid.
Leher benjol yang tidak ada sebelumnya.
Suara yang garau dan berubah dari asal lebih dari dua minggu.
Sakit atau ketidakselesaan di dalam perut yang berterusan.
Ulser,bengkak atau tompok-tompok putih dan merah yang tidak hilang selepas rawatan.
Pendarahan hidung berlebihan, hilang fungsi pendengaran dan telinga yang berdengung.





BAHAYA KANSER DAN KESANNYA KEPADA MANUSIA

Kanser merupakan salah satu penyakit kronik yang amat ditakuti oleh orang ramai.

Mengikut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser menyumbang sebanyak 13 peratus (7.4 juta) daripada keseluruhan kematian di dunia pada tahun 2008.

Kematian akibat kanser dijangka akan terus meningkat dengan anggaran 12 juta orang mati akibat kanser menjelang tahun 2030.

Kadar kejadian penyakit kanser meningkat dengan pertambahan usia. Seperti negara-negara maju atau membangun yang lain, Malaysia menghampiri peralihan epidemiologi, di mana penyakit-penyakit kronik yang berkaitan dengan gaya hidup seperti kardiovaskular dan kanser telah meningkat.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin, kanser boleh berlaku pada setiap individu tanpa mengira usia dan jantina, sama ada miskin atau kaya serta memberi beban kewangan dan psiko sosial yang besar kepada pesakit, keluarga dan masyarakat.

Katanya, kanser merupakan penyebab kematian keempat terpenting yang berlaku di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara.

Pada tahun 2011 saja ia menyumbang sebanyak 11.2 peratus daripada keseluruhan kematian yang berlaku.

”Berdasarkan jumlah kes-kes kanser baru pada tahun 2008 yang dilaporkan kepada Pendaftar Kanser Kebangsaan, lima jenis kanser paling penting di kalangan lelaki di negara kita ialah kanser paru-paru (15.8 peratus), kolorektal (15.8 peratus), nasofarink (9.4 peratus), limfoma (7.2 peratus) dan prostat (6.2 peratus).

”Sementara itu di kalangan wanita, kanser paling penting ialah kanser payu dara (32.3 peratus) diikuti dengan kanser kolorektal (10.4 peratus), servik (8.5 peratus), paru-paru (5.7 peratus) dan ovari (5.4 peratus).

”Walaupun jumlah pesakit kanser di negara ini lebih rendah berbanding penyakit-penyakit kronik yang lain seperti diabetes dan kardiovaskular, beban kewangan serta psiko sosial yang ditanggung oleh pesakit, keluarga dan masyarakat adalah jauh lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Beliau memberitahu, kebanyakan kejadian dan kematian akibat kanser boleh dielakkan dengan pengurangan faktor risiko, pengesanan awal dan rawatan segera.

Katanya, lebih daripada 30 peratus kanser boleh dicegah dengan mengubah atau mengelakkan faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan kanser.



Kebimbangan umat manusia terhadap penyakit Kanser tidak perlu diceritakan lagi, sejarah telah menobatkan Kanser sebagai penyakit 
yang membunuh dan kini ianya menduduki penyakit no 1 di asia. Kini kanser boleh ditangani jika dikenalpasti sejak awal. Untuk itu, ada beberapa tanda-tanda kanser yang perlu diberi perhatian dan tidak boleh diabaikan.Gejala-gejala awal kanser ini sering diabaikan oleh pesakit kerana dianggap boleh hilang dengan sendirinya. Padahal ianya semakin merebak dan membengkak sehingga anti-bodi tidak lagi mampu menghalang tumbesaran tumor pembunuh ini.


APAKAH ITU KANSER /BARAH/TUMOR/KETUMBUHAN/TIROD DAN SEBAGAINYA






Sunday 1 March 2015

Apakah Antioksida ,dan Manfaat Bagi Kesihatan


Apakah Antioksida ,dan Manfaat Bagi Kesihatan 

Berikut mengenai antioksidan lebih dekat, dan manfaatnya bagi kesihatan tubuh kita

Pengertian:

Antioksidan terdiri dari 2 kata yaitu, dan kata awal adalah “anti “ bererti melawan, bertentangan dengan, atau korektif. Dengan memahami erti antioksidan akan membantu kita untuk mengetahui apa sebenarnya agen yang satu ini dan manfaatnya bagi kesehatan. Dalam tubuh manusia terjadi jutaan proses setiap saat, dan proses-proses alami ini membutuhkan oksigen. Sayangnya pada saat yang sama, oksigen boleh membuat efek samping berbahaya atau yang disebut zat oksidan, yang menyebabkan kerosakan sel dan menyebabkan penyakit kronik.

Kata yang kedua adalah “Oksidan”,  umumnya juga dikenal dengan  “radikal bebas “, yang juga diperoleh melalui sumber luar tubuh seperti paparan sinar matahari atau polusi lingkungan. Media lainnya termasuk stres, serta hal-hal dimasukkan ke dalam tubuh, seperti minuman beralk*ohol, makanan yang tidak sehat, dan asap r*kok.

Dalam banyak cara yang sama, oksidasi berarti juga menciptakan “karat”, yang biasa menyebabkan kerosakan pada permukaan benda mati, dan oksidasi yang terjadi dalam tubuh akan menyebabkan kerosakan sel. Radikal bebas yang dihasilkan oleh banyak faktor ini akan menyerang sel-sel sehat, biasanya DNA serta protein dan lemak. Rantai panjang peristiwa ini akan melemahkan fungsi imunologi serta mempercepat proses penuaan, dan juga terkait dengan beberapa penyakit seperti katarak, berbagai macam kanker, dan penyakit jantung. Beberapa studi juga menunjukkan kemungkinan terkait dengan kondisi seperti rematik(arthritis) dan beberapa kondisi kronis lainnya.

Jadi  Antioksidan bisa dikatakan sebagai agen anti oksidasi, atau zat yang berfungsi mengurangi efek berbahaya dari oksidan tadi, dengan cara mengikat bersama-sama dengan molekul-molekul berbahaya sehingga menurunnya daya merusaknya. Antioksidan juga dapat membantu memperbaiki kerusakan yang telah terjadi pada sel sehat.

Sumber zat antioksidan
Enzim antioksidan tertentu diproduksi dalam tubuh. Dan antioksidan alami yang paling umum dikenal adalah Superoxide Dismutase, Katalase, dan Glutathione. Superoxide Dismutase mengalami perubahan struktur oksidan dan turun menjadi hidrogen peroksida. Katalase pada gilirannya memecah hidrogen peroksida menjadi air dan partikel oksigen kecil atau gas . Glutathione adalah agen detoksifikasi, yang mengikat racun yang berbeza untuk mengubah bentuknya, sehingga boleh menjadikan tubuh sebagai limbah atau sampah tubuh.

Agen antioksidan lain banyak ditemukan dalam makanan seperti sayuran berdaun hijau tua dan buah-buahan. Produk yang tinggi vitamin A, vitamin C, vitamin E, dan beta-karoten adalah yang diyakini paling menguntungkan. Nutrisi ini biasanya ditemukan dalam buah-buahan dan sayuran dengan warna kuat yang sehat. Warna Oranye dan merah pada paprika, tomat, bayam, dan wortel adalah beberapa contohnya .

Tips :
Memakan buah-buahan mentah dan sayuran tanpa dimasak akan memberikan konsentrasi tertinggi dan penyerapan antioksidan terbaik. Suplemen makanan juga tersedia bagi orang yang yang tidak cukup dapat mengkonsumsi makanan yang memproduksi zat antioksidan.














Sudah pasti ramai yang bertanya, tidak cukupkah dengan hanya mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kekal sihat. Kenapa kita perlu mengambil antioksidan lagi?


Sekali imbas memang kenyataan tadi ada benarnya. Tetapi hakikatnya, makanan yang kita ambil tidak dapat menampung keperluan antioksidan tubuh kita. Isu pemakanan yang tidak seimbang dan tidak mengikut keperluan tubuh sedang melanda masyarakat kita hari ini.


Pemakanan seimbang masa kini seperti satu mitos sahaja. Selalu menjadi hiasan poster-poster di klinik-klinik dan hospital sahaja. Perubahan corak pemakanan masyarakat kita hari ini memang ketara.


Jika kita lihat sekarang perkembangan industri makanan segera amat hebat sekali. Setiap hari kita melihat iklan-iklan di kaca televisyen tentang makanan segera. Kemajuan ekonomi seiring dengan perubahan corak pemakanan manusia di seluruh dunia.


Mengikut satu kajian, orang Jepun mempunyai kadar penyakit jantung antara yang paling rendah di dunia disebabkan pemakanan mereka yang kaya dengan antioksidan seperti sayuran, ikan, sushi dan teh hijau.


Kajian telah menunjukkan bahawa orang-orang Jepun yang menetap di Amerika Syarikat mempunyai bilangan kes sakit jantung yang lebih tinggi daripada orang-orang Jepun yang masih tinggal di negara Jepun.


Corak pemakanan orang-orang Jepun di Amerika Syarikat yang mengambil makanan barat yang kaya dengan kalori dan lemak, tetapi kurang sayuran dan buah-buahan, adalah penyebab utama perbezaan ini walaupun mereka dari keturunan yang sama.


Keadaan yang serupa berlaku di Malaysia sekarang disebabkan perubahan corak pemakanan. Orang-orang Melayu dahulu mempunyai tabiat pemakanan yang amat baik kerana suka memakan ulam-ulaman dan buah-buahan. Kerajaan pernah suatu waktu dahulu mempromosi makan ulam-ulaman tetapi sekarang telah lama senyap.

Masyarakat Melayu sekarang amat kurang memakan ulam-ulaman dan kebanyakan kanak-kanak tidak suka memakan ulam kerana takut pahit.

Natijah atau kesan yang dapat kita lihat hari ini makin bertambahnya pelbagai jenis penyakit ‘orang kaya’ yang melanda umpama tsunami selepas gempa bumi.


Kegemukan (obesiti) telah mula menjadi satu masalah kepada generasi muda sekarang. Penyakit jantung, darah tinggi, strok dan sebagainya sudah menjadi sesuatu yang sangat biasa dihidapi oleh generasi yang lebih tua.


Makanan segera mengandungi kandungan nutrien yang amat rendah tetapi kaya dengan kalori dan lemak yang berlebihan. Mikro nutrien hampir tiada di dalam makanan seharian kita.


Makanan kita di’rompak’ khasiat dan zat yang penting termasuklah zat-zat antioksidan ini. Makanan hilang segala zat-zat yang penting seperti vitamin dan mineral semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan semasa memasak.


Makanan seperti sayuran, buah-buahan, bijirin dan sebagainya mempunyai kandungan mineral yang kurang kerana penggunaan tanah secara komersial yang menyebabkan tanah gersang mineral.


Tekanan komersial untuk penghasilan makanan secara besar-besaran dengan kuantiti yang sangat banyak menyebabkan penggunaan baja kimia, racun rumpai dan racun serangga yang tidak terkawal.


Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang diangkut pada jarak jauh dari ladang ke pasaraya turut menyebabkan ianya kehilangan lebih banyak zat-zat yang penting seperti vitamin C.


Kandungan vitamin C dalam makanan seperti ini hampir tiada semasa di hidangkan di rumah kerana proses memasak itu sendiri. Kerana itu pentingnya masalah kekurangan zat-zat dalam makanan ini kita gantikan dengan pengambilan pil-pil suplemen seperti multivitamin, mineral dan antioksidan .


Kaedah bioteknologi yang menghasilkan baka-baka baru klon dan teknologi genetik yang amat canggih menghasilkan bahan-bahan baru yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain yang masih belum diketahui.


Faktor-faktor yang menyebabkan kehilangan zat-zat makanan mikro inilah yang diistilahkan oleh pakar pemakan sebagai ‘perompak makanan’ (food robbers).


Manusia hari ini terlalu bergantung kepada bahan petroleum untuk hidup. Buktinya, jika kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol, segala barangan lain juga turut naik. Pembakaran bahan petroleum yang terlalu banyak sekarang turut menjadi penyumbang utama kepada pencemaran udara di dunia.


Setiap hari kita bergelumang dengan pelbagai bahan kimia dari saat kita menggosok gigi, bersabun dan bersyampu semasa mandi, menggunakan deodoran, bercukur, bermekap, menaiki kenderaan dan menghirup udara penyaman udara.


Seterusnya kita makan makanan yang diproses, makanan segera, makanan dalam tin dan kita minum minuman dalam tin, bergas, minum air masak dari paip di rumah yang hampir semuanya tercemar atau sengaja dicemari dengan pelbagai bahan kimia sama ada sedikit atau banyak.


Kita juga secara langsung ‘meracuni’ badan kita dengan tidak bersenam, makan terlalu banyak, merokok dan tekanan yang keterlaluan setiap hari.


Kemajuan ekonomi juga menyebabkan bertambahnya kilang-kilang industri yang mengeluarkan pelbagai jenis pencemaran udara dan sumber air.


Oleh sebab itulah saban hari kita melihat bagaimana ‘tangan’ Karam Singh Walia turun naik dan mulutnya berbuih berpantun di televisyen membongkar segala pencemaran yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


Menurut Dr Ross Walker di dalam buku The Cell Factor, masalah krisis kesihatan zaman moden sekarang adalah disebabkan oleh dua faktor iaitu keracunan yang kronik dari pencemaran dan ‘kefakiran’ pemakanan berkhasiat (nutritional deficiency) dalam makanan dan sellular tubuh manusia


Ke manakah kita hendak lari dari semua masalah ini. Kita tidak mempunyai planet lain untuk lari dari masalah ini. Di antara cara yang dicadangkan adalah dengan menguatkan diri kita dengan jaringan antioksidan untuk mencegah penyakit disebabkan faktor pemakanan kita yang di’rompak’ khasiatnya.


Ramai juga para ahli pemakanan (dietician) kurang bersetuju dengan pengambilan pil-pil supplemen untuk mendapat bekalan nutirisi tambahan yang mencukupi. Permasalahan yang timbul pula berapa banyakkah makanan yang kita perlukan untuk kita mendapat zat-zat nutrisi tambahan?







Kita mungkin seringkali mendengar nasihat dari orang yang memahami ilmu kesihatan tentang zat yang dikenal dengan antioksidan. Zat ini disebut sebut bermanfaat untuk mencegah penyakit apapun yang mengintai tubuh kita setiap saat. Tak sedikit pula yang mengatakan jika antioksidan akan membuat seseorang rasa lebih awet muda, karana senyawa ini dianggap boleh memerangi efek penuaan . Dengan demikian, banyak pula disarankan untuk mengambil suplemen antioksidan untuk menunjang kehidupan kita setiap hari. Lalu apakah yang disebut dengan antioksidan?, kenapa terjadi demikian, dan apa sumber alaminya?





                           Lihat Pada Keluarga Kita Adakah Sudah Mendapat Nutrisi Yang Lengkap?

Apakah Antioksida ?

Buah-buahan dan sayur pada dasarnya mengandung tujuh antioksidan dengan berbagai khasiat yang baik untuk tubuh. Dengan rutin mengonsumsinya, badan terjaga agar tetap prima. Bonusnya, anda boleh menunda penuaan. Tujuh antioksidan itu di antaranya sebagai berikut:

Beta-karotena

Fungsinya untuk mengurangkan risiko pelbagai penyakit kanser seperti kanser paru, perut, pundi kencing, usus besar, dan prostat. Boleh diperolehi dari lobak merah, ubi jalar, bayam, tembikai atau blewah, sayur-sayuran hijau, buah-buahan, dan sayur-sayuran berwarna jingga lain.

Vitamin C

Untuk menghalang pengeluaran zat kanser yang disebabkan oleh radikal bebas. Boleh diperolehi dari oren dan jus buah, lada merah dan hijau, kubis mentah, buah-buah beri seperti strawberi atau bluberi, buah kiwi, dan sayur hijau.

Vitamin E

Untuk melindungi dari penyakit jantung dan kanser, serta melindungi rangkaian dari proses penuaan. Boleh diperolehi dari kacang-kacangan, biji-bijian, minyak sayur, dan minyak ikan.

Selenium

Untuk memberi kemungkinan perlindungan melawan kanser. Boleh diperolehi dari ayam, seafood, kuning telur, bijirin gandum, biji bunga matahari, dan susu.

Tembaga

Boleh diperolehi dari biji-bijian gandum, kerang, telur, kacang almon, sayur-sayuran hijau, dan kacang.

Seng (zinc)
Boleh diperolehi dari protein haiwan, kerang, cendawan, bijirin gandum, dan ragi.

Makanan

Sumber makanan terbaik adalah dari bijirin gandum, kuning telur, kacang polong, kacang kering, serta sayur-sayuran hijau.


sumber dari KOMPAS.com
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...